BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Selamat mempelajari perkara asas fardhu ain bersama ustazah. Semoga maklumat di dalam blog ini dapat memberi manfaat dan diamalkan bersama insyaallah...Selamat mempelajari perkara asas fardhu ain bersama ustazah. Semoga maklumat di dalam blog ini dapat memberi manfaat dan diamalkan bersama insyaallah...

Monday 28 November 2011

PENGENALAN

Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) ialah beberapa perkara yang terpenting dari Fardu Ain yang berkaitan dengannya, yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam. PAFA hendak dipastikan supaya tiap-tiap murid / pelajar benar-benar mengetahui, memahami dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.
 

TUJUAN

  • Mengenalpasti murid/pelajar yang lemah dalam kefahaman dan amalan Perkara Asas Fardu Ain, kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan dengan betul dan sempurna.
  • Mempastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam Perkara Asas Fardu Ain. Dengan perkataan lain, menentukan kejayaan 100%.
  • Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayati amalan kehidupan sehari-hari.

PERATURAN

1.     Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) dijalankan dalam ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
2.       Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah.
3.      Penilaian dijalankan sendiri oleh guru mata pelajaran Pendidikan Islam di kelas masing-masing sebagai proses penilaian biasa dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
4.  Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut sebagaimana yang telah ditetapkan.
5.      Soalan dan jawapan penilaian adalah sebagaimana yang telah ditetapkan dalam laman web ini. Soalan dan jawapan tersebut tidak rahsia. Murid-murid hendaklah diberitahu lebih awal.
6.      Tempuh penilaian bermula dari hari pertama pada penggal pertama persekolahan dalam tahun peperiksaan berkenaan, dan berakhir sebulan sebelum tarikh peperiksaan bertulis dijalankan.
7.      Sepanjang tempuh penilaian tersebut, murid hendaklah diberi masa, peluang dan bimbingan yang secukupnya untuk mengulang, memperbetulkan dan memperbaiki kesalahan dan kelemahan sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan sesuatu kelemahan dengan jaya, betul dan sempurna.
8.      Pencapaian murid hendaklah dicatat dari masa ke semasa secara kemaskini dalam Borang Individu dan Borang Berkelompok. Catatan tersebut adalah rekod bagi proses dan keputusan penilaian yang dicapai oleh murid/pelajar.
9.      Suatu penyetaraan akan dijalankan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri/ Bahagian/ Daerah sebagai sebahagian dari tugas penyeliaan harian biasa. Penyetaraan adalah untuk tujuan pengesahan dan pelaporan penilaian.
10.  Pencapaian LULUS dalam sesuatu KOD/TAJUK ialah apabila murid faham dan dapat mengamalkan kemahiran sekurang-kurangnya pada tahap keupayaan yang PALING MINIMUM  sekira-kira 'SAH' di segi Syara'.
11.  Murid /Pelajar diakui LULUS dalam keseluruhan penilaian Perkara Asas fardu Ain apabila mereka berjaya memahami dan mengamalkan semua KOD/TAJUK soalan yang ditetapkan.
12.  Pihak sekolah hendaklah melaporkan keputusan penilaian kepada Lembaga Peperiksaan Kementerian Penidikan menurut prosedur biasa yang ditetapkan.
13.  Kementerian Pendidikan akan melaporkan pernyataan 'LULUS' atau 'GAGAL' dalam keputusan atau sijil peperiksaan. Pernyataan tersebut tidak mengubah atau menjejaskan sistem penggredan dan aggregat keputusan peperiksaan yang sedang berjalan sekarang.
 

Sunday 27 November 2011

LATIHAN 1 MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH


SOALAN L1.1
Sebutkan 2 kalimah syahadah dengan sempurna

Jawapan:



Soalan L1.2:
Nyatakan erti Dua Kalimah Syahadah
Jawapan:
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Pesuruh Allah.


NASYID SHAHADAH RAIHAN

Saturday 26 November 2011

LATIHAN 2 RUKUN ISLAM


Soalan L2.1:
Sebutkan Rukun Islam satu persatu.
Jawapan:
  1. Mengucap Dua kalimah Syahadah.
  2. Menunaikan Solat Lima Waktu sehari semalam.
  3. Mengeluarkan zakat.
  4. Berpuasa bulan Ramadhan.
  5. Menunaikan Haji bagi yang berkuasa.
Soalan L2.2:
Huraikan Rukun Islam:

  1. Mengucap Dua kalimah Syahadah.
  2. Menunaikan Solat Lima Waktu sehari semalam.
  3. Mengeluarkan zakat.
  4. Berpuasa bulan Ramadhan.
  5. Menunaikan Haji bagi yang berkuasa.
Jawapan: Huraian Rukun Islam ialah
  1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah: Suatu pengakuan tentang adanya Allah dan keesaanNya, dan satu pengakuan tentang kerasulan Nabi Muhammad SAW.
  2. Solat lima waktu ialah: Ibadat yang mengandungi perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Ia wajib ditunaikan lima waktu iaitu: Zuhur, Asar, Maghrib, Isya' dan Subuh.
  3. Mengeluarkan Zakat: Ibadat dengan cara mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu, diberikan kepada orang yang tertentu, dengan syarat tertentu. Zakat tersebut ialah Zakat Fitrah dan Zakat Harta.
  4. Berpuasa bulan Ramadhan ialah: Ibadat dengan cara menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertakan dengan niat. Ia wajib ditunaikan selama sebulan dalam bulan Ramadhan.
  5. Menunaikan haji bagi yang berkuasa: Ibadat yang wajib ditunaikan di Mekah sekali dalam seumur hidup ke atas orang yang mampu, dengan syarat tertentu dan pada waktu yang tertentu.
Soalan L2.3:
Terangkan kepentingan Rukun Islam bagi setiap muslim.
Jawapan:
Rukun Islam adalah perkara sangat penting yang wajib dilaksanakan supaya seseorang itu menjadi muslim yang sejati. Ibadat-ibadat yang terkandung dalam rukun Islam itu menghubungkan manusia dengan Allah dan manusia sesama manusia.


NASYID RUKUN ISLAM

Friday 25 November 2011

LATIHAN 3 RUKUN IMAN


Soalan L3.1:
Sebutkan Rukun Iman satu persatu.
Jawapan:
  1. Beriman kepada Allah.
  2. Beriman Kepada Malaikat.
  3. Beriman kepada Kitab.
  4. Beriman kepada Rasul.
  5. Beriman kepada Hari Akhirat.
  6. Beriman kepada Qada dan Qadar.
Soalan L3.2:
Bagaimanakah anda beriman kepada Allah?
Jawapan:
Mengaku bahawa Allah SWT ada, dan melaksanakan perintahNya dengan sempurna.

CERITA DAN NASYIN RUKUN IMAN

Thursday 24 November 2011

LATIHAN 4 ISTINJA'


Soalan L4.1:
Terangkan bagaimana cara beristinjak dengan menggunakan batu.
Jawapan:
Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga biji batu atau bahan yang kesat sehingga diyakini bersih.
Soalan L4.2:
Terangkan bagaimana cara beristinjak dengan air?
Jawapan:
Membasuh qubul dan dubur dengan air mutlak sehingga diyakini bersih

Wednesday 23 November 2011

LATIHAN 5 BERSUCI DARI NAJIS

Soalan L A 5.1:
 
Kain ini terkena najis Mukhoffafah. Terengkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikan kain ini.


Jawapan:
Percikkan air mutlak di kawasan yang terkena najis.


Soalan L A 5.2:
Kaki anda terkena najis Mutawassitah. Terangkan dan tunjukkan cara menyucikannya.


Jawapan:
Bersihkan benda najis daripada tempat yang terkena najis, kemudian basuh bahagian yang terkena najis itu dengan air mutlak sehingga hilang bau, warna dan rasanya.


Soalan L A 5.3:
Dilantai ini terdapat najis Mughollazah. Terengkan dan tunjukkan cara bagaimana menyucikannya.


Jawapan:
Bersihkan benda najis daripada tempat yang terkena najis, kemudian basuh tujuh kali. Basuhan yang pertama dengan air tanah dan enam kali berikutnya dengan air mutlak.

Tuesday 22 November 2011

LATIHAN 6 CARA BERWUDHU'


Soalan A6.1:
Tunjukkan cara berwuduk dengan betul dan sempurna.
Jawapan:
  • Membaca : Bismillah hirrah ma nirrahim.
  • Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan, tiga kali
  • Berkumur tiga kali
  • Memasukkan air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya, diulangi tiga kali.
  • Menyebut lafaz niat wuduk, seperti:




  • Membasuh muka tiga kali. Basuhan pertama disertakan dengan niat. Niatnya ialah: "sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala".
  • Membasuh tangan kanan hingga ke siku, tiga kali. Kemudian membasuh tangan kiri hingga ke siku, tiga kali.
  • Menyapu sebahagian kepala dengan air, tiga kali.
  • Menyapu kedua-dua telinga dengan air, tiga kali.
  • Membasuh kaki kanan hingga ke buku lali, tiga kali. Kemudian membasuh kaki kiri hingga ke buku lali, tiga kali.
  • Berdoa sambil mengangkat tangan, mendongakkan muka sedikit menghadap kiblat.




    



video cara berwudhu'

Monday 21 November 2011

LATIHAN 7 CARA BERTAYAMMUM

Soalan A7.1:
Tunjukkan cara bertayamum dengan betul dan sempurna.
Jawapan:
Cara bertayamum ialah:
  • Menyediakan dan meratakan debu tanah di atas tempat yang disediakan.
  • Mengadap kiblat.
  • Membaca: Bismillah hirrahma nirrahim.
  • Menyebut lafaz niat tayamum seperti



  • Menepuk dua tangan ke debu dengan jari terbuka sambil berniat "sahaja aku bertayamum untuk mengharuskan solat Fardu kerana Allah taala" dan mengekalkan niat sehingga menyapu muka.
  • Menipiskan debu/ mengurangkan dengan meniup atau menengkuh kedua-dua tangan di luar tempat debu yang disediakan.
  • Menyapu debu kemuka.
Catatan:
Kawasan muka ialah dari gigi rambut ke bawah dagu dan dari anak telinga kanan ke anak telinga kiri.
  • Membuangkan debu musta'mal yang masih melekat di tangan.
  • Menepuk kedua tapak tangan ke debu untuk kali kedua di tempat yang lain dengan jari terbuka, kemudian menipiskannya dengan cara meniup atau menengkuh kedua-dua tangan.
  • Menyapu tangan kanan dengan cara meletakkan jari tangan kiri selain ibu jari di bawah jari tangan kanan, kemudian melurutkan jari tangan kiri hingga ke pergelangan tangan kanan dan digenggam sedikit kemudiannya melurutkannya hingga ke siku. Seterusnya dipusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku dan melurutkannya ke hadapan sehingga ke pergelangan tangan dengan kedudukan ibu jari masih terangkat.
  • Seterusnya melurutkan ibu jari kiri  ke belakang ibu jari kanan.
  • Menyapu tangan kiri dengan cara meletakkan jari tangan kanan selain ibu jari di bawah jari tangan kiri.  Kemudian melurutkan jari tangan kanan hingga kepergelangan tangan kiri, dan digengam sedikit kemudian melurutkannya hingga ke siku. Seterusnya dipusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku dan melurutkannya ke hadapan sehingga ke pergelangan tangan dengan kedudukan ibu jari masih terangkat. Seterusnya melurutkan ibu jari kanan di belakang ibu jari kiri.
  • Menyelati jari kanan dan kiri.

Sunday 20 November 2011

LATIHAN 8 CARA MANDI WAJIB


Soalan L8.1:
Nyatakan sebab-sebab yang mewajibkan mandi
Jawapan:
Sebab-sebab yang mewajibkan mandi ialah;

  1. keluar mani
  2. haid
  3. Janabah (bersetubuh)
  4. Wiladah (bersalin)
  5. Nifas (darah yang mengiringi wanita yang bersalin)
  6. Mati, selain mati syahid
Soalan L8.2:
Terangkan cara mandi wajib yang betul dan sempurna.
Jawapan:
Cara mandi wajib ialah:

  • Bersihkan badan daripada segala kekotoran.
  • Hilangkan segala benda yang boleh menghalang air sampai ke kulit anggota badan.
  • Ambil wuduk.
  • Sebut lafaz niat


  • Jiruskan air mutlak ke kepala berserta dengan niat sebaik-baik sahaja air mengenai anggota kepala. Jirusan ke kepala itu sebanyak tiga kali. Niatnya ialah: "sahaja aku mengangkat Hadas Besar fardhu atasku kerana Allah Taala" atau"sahaja aku mandi kerana haid/janabah/nifas fardhu atasku kerana Allah Taala"
  • Jiruskan air ke anggota badan sebelah kanan tiga kali, kemudian jiruskan pula air ke anggota badan sebelah kiri tiga kali.
  • Ratakan air keseluruh anggota badan. Selatkan rambut, janggut dan semua bulu supaya air sampai ke kulit. Ratakan juga air ke tempat lipatan-lipatan dan celah anggota badan yang zahir seperti telinga, hidung, mata, ketiak, pusat, celah paha, qubul dan dubur dalam keadaan mencangkung. Jika air tidak rata dengan tiga jirusan seperti di atas, maka hendaklah ditambah lagi jirusan sehingga air rata ke seluruh anggota badan. Semasa meratakan air, hendaklah dijaga supaya tapak tangannya tidak menyentuh qubul dan dubur tanpa lapik yang menyebabkan wuduknya batal.


CARA MANDI WAJIB

Saturday 19 November 2011

LATIHAN 9 AZAN DAN IQOMAH

Soalan A/L 9.1:
Soalan kepada murid laki-laki
Anda dikehendaki melaksanakan azan dengan betul dan sempurna.
Soalan A/L 9.1:
Soalan Kepada murid perempuan
Anda dikehendaki menerangkan cara melaksanakan azan dengan betul dan sempurna.
Jawapan: Para pelajar hendaklah melaksanakan azan dari mula hingga akhir sebagaimana yang diterangkan di bawah ini. Jawapan:
  1. Berwuduk, makruh azan tanpa wuduk.
  2. Berdiri dan menghadap kiblat
  3. Meletakkan jari telunjuk di telinga.
  4. Menghadap kiblat.










AZAN
 
PERINGATAN:
1.     Sunat Tarji', iaitu menyebut secara perlahan terlebih dahulu kalimah;





        sebelum mengalunkannya dengan kuat.
2.     Dalam azan subuh hendaklah ditambah kalimah:


        selepas mengalunkan kalimah:






 
Soalan A9.2:
Dengar azan dan jawab dengan betul dan sempurna.
Jawapan:
Murid dikehendaki menjawab azan secara perlahan satu persatu hingga 

akhir. Jawapan azan adalah sama seperti lafaz yang dialunkan oleh 
Muazzin, kecuali pada:





Soalan A9.3:
Anda dikehendaki memperdengarkan Iqamah dengan betul 

dan sempurna.
Jawapan:
  1. Berdiri dan menghadap kiblat
  2. Menyebut lafaz iqamah.






 
Soalan A9.4:
Dengar Iqamah dan jawab dengan betul dan sempurna.
Jawapan:
Murid dikehendaki menjawab Iqamah secara perlahan 

satu persatu sehingga akhir. Menjawab iqamah sama 
seperti menjawab azan. Pada kalimah:






 
Soalan A9.5:
Anda dikehendaki membaca doa selepas azan dan Iqamah.
Jawapan:
DOA AZAN DAN IQAMAH





Friday 18 November 2011

LATIHAN 10 SOLAT FARDHU


Soalan L10.1:
Anda dikehendaki memperdengarkan (tasmi') bacaan-bacaan berikut:-

  1. Lafaz niat solat subuh, zuhur, asar, margrib, dan Isya'
  2. Takbiratul ihram.
  3. Doa Iftitah
  4. Surah al Fatihah
  5. Dua surah (pilihan murid)
  6. Bacaan ketika ruku'
  7. Bacaan i'tidal
  8. Bacaan sujud.
  9. Bacaan duduk antara dua sujud
  10. Bacaan tahiyat
  11. Salam
  12. Bacaan Qunut
Jawapan:

Bacaan-bacaan lafaz niat solat lima waktu ialah:
Lafaz niat solat subuh:










Ertinya: "sahaja aku solat fardu Subuh dua rakaat tunai
kerana Allah Taala"


Lafaz niat solat zuhur:









Ertinya: "sahaja aku solat fardu zuhur empat rakaat
tunai kerana Allah Taala"


Lafaz niat solat asar:









Ertinya: "sahaja aku solat fardu asar empat rakaat 
tunai kerana Allah Taala"


Lafaz niat solat maghrib:









Ertinya: "sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat 
tunai kerana Allah Taala"


Lafaz niat solat Isya':









Ertinya: "sahaja aku solat fardu Isya' empat rakaat 
tunai kerana Allah Taala"


Bacaan Takbiratul ihram ialah:






Bacaan Doa Iftitah ialah:






Bacaan Surah al Fatihah ialah:






Bacaan surah (contoh):







Bacaan Ruku':






Bacaan I'tidal:






Bacaan Sujud:






Bacaan duduk antara dua sujud:






Bacaan Tahiyat:
Tahiyat Awal ialah







Tahiyat akhir; seperti bacaan di atas dan disambung dengan bacaan berikut:






Bacaan salam:






Bacaan Doa Kunut:






Soalan A10.2:
Anda dikehendaki melakukan cara solat dengan

betul dan sempurna. (soalan ini hanya layak 
dijawab/ dilakukan apabila calon telah berjaya 
menjawab Soalan L10.1 di atas)


Jawapan:
Calon melakukan solat dengan betul dan 

sempurna seperti yang dinyatakan di bawah. 
Contoh Solat Zuhur:-
  1. Berwuduk
  2. Menutup Aurat
  3. Mengadap kiblat
  4. Berdiri bagi orang berkuasa


Rakaat pertama

  1. Menyebut lafaz niat (juruk di atas)
  2. Takbiratul ihram sambil mengangkat kedua-dua tangan dengan menyamakan ibu jari ke paras cuping telinga dan jari yang lain separas bahagian atas telinga dan kedua-dua tapak tangan mengadap kiblat beserta dengan niat "sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat kerana Allah Taala"
  3. Meletakkan kedua-dua tangan di antara pusat dan dada, tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri, jari telunjuk dan jari tengah diluruskan.
  4. Membaca doa iftitah.
  5. Membaca surah alFatihah.
  6. Membaca ayat-ayat atau surah daripada al Quran.
  7. Takbir intiqal dengan mengangkat kedua-dua tangan seperti no.2 di atas dan ruku' serta tama'ninah sambil membaca bacaan ruku' 3 kali.
  8. Ruku' ialah membongkokkan badan dengan menyamakan belakang dengan tengkuk. Kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas lutut dengan jari terbuka sambil memandang tempat sujud.
  9. I'tidal serta tama'ninah dengan membaca bacaan i'tidal. 
  10. Takbir intiqal dan sujud serta tama'ninah dengan membaca bacaan sujud.
  11. Takbir intiqal dan duduk antara dua sujud secara iftirasy serta tama'ninah dengan membaca bacaan duduk antara dua sujud.
  12. Takbir intiqal dan sujud serta tama'ninah seperti no.10 di atas.
  13. Takbir intiqal dan bangun dari sujud dan duduk sebentar sekadar tama'ninah, kemudian terus berdiri untuk rakaat kedua tanpa mengangkat tangan.
Rakaat Kedua
  1. Membaca Surah al Fatihah
  2. Membaca ayat-ayat atau surah daripada al Quran.
  3. Melakukan ruku', i'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua sepertimana rakaat pertama.
  4. Takbir intiqal dan duduk Tahiyat Awal secara iftirasy, kecuali jari tangan kanan digenggam, manakala jari telunjuk diluruskan. Pada masa ini dibaca Yahiyat Awal. Ketika menyebut "Illa" dalam perkataan  , jari      telunjuk hendaklah diangkat sedikit.  
  5. Takbir intiqal dan bangun berdiri untuk rakaat yang ketiga serta     mengangkat tangan. 
tama'ninah ialah berhenti seketika sekadar menyebut subhanallah. I'tidal ialah berdiri semula selepas ruku' sambil mengangkat kedua-dua tangan, dan kemudian meluruskannya ke bawah.
Sujud ialah menurunkan lutut dahulu kemudian diikuti 2 tapak tangan, jari dirapatkan supaya mengadap kiblat. Dahi pula diletakkan di tempat sujud, sementara jari kaki ditegakkan.
Iftirasy ialah duduk dengan meletakkan punggung di atas tapak kaki dan mendirikan kaki kanan. Kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas lutut dengan jari dirapatkan, manakala hujung jari menyamai paras lutut.

Rakaat Ketiga

  1. Membaca surah al Fatihah sahaja.
  2. Melakukan ruku', I'tidal, sujud, Duduk antara dua sujud, Sujud yang kedua, dan bangun berdiri untuk rakaat yang keempat tanpa mengangkat tangan.


Rakaat keempat

  1. Membaca Surah al Fatihah.
  2. Melakukan Ruku', I'tidal, Sujud, Duduk antara dua sujud, Sujud yang kedua.
  3. Takbir Intiqal dan dudul tahiyat akhir secara tawaruk, dan membaca Bacaan tahiyat akhir.
  4. Mengucap salam sambil memalingkan muka ke kanan dan kemudian mengucap salam kedua sambil memalingkan muka ke kiri.
  5. Meletakkan tangan di kepala sambil berdoa







Duduk tawaruk ialah meletakkan punggung ke lantai dan mendirikan jari kaki kanan serta menyilangkan kaki kiri di bawah kaki kanan. Tangan kanan diletakkan di atas lutut kanan dan jarinya digenggam kecuali jari telunjuk diluruskan. Manakala tangan kiri pula diletakkan di atas lutut kiri dan jarinya diluruskan dengan hujung jari menyamai lutut.


VIDEO TATACARA SOLAT

Thursday 17 November 2011

LATIHAN 11 PUASA

Soalan L12.1
Sebutkan lafaz niat puasa Ramadhan dan nyatakan ertinya.
Jawapan:
Lafaz niat puasa ramadhan:
 
 
Ertinya:
“Sahaja aku puasa esok hari, menunaikan puasa fardu Ramadhan, tahun ini, kerana Allah Taala”
Soalan L12.2:
Sebutkan perkara yang membatalkan puasa.
Jawapan:
Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
 
(1)    Makan dan minum pada siang hari dengan sengaja.
(2)    Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan.
(3)    Muntah dengan sengaja.
(4)    Melakukan persetubuhan pada siang hari.
(5)    Mengeluarkan mani dengan sengaja
(6)    Keluar darah haid dan nifas
(7)    Gila
(8)    Mabuk atau pengsan sepanjang hari.
(9)    Berbuka puasa sebelum masuk waktu maghrib
(10)Murtad.
 
Soalan L12.3:
Nyatakan hikmat puasa.
Jawapan:
Antara hikmat puasa ialah:
 
  1. Mengukuhkan iman dan takwa kepada Allah SWT.
  2. Membentuk sifat-sifat mulia seperti sabar, berdisiplin, bertimbangrasa dan bersyukur.
  3. Dapat menjauhkan diri dari segala dosa dan kejahatan.
  4. Mendatangkan kesihatan dan kecerdasan

Wednesday 16 November 2011

KOLEKSI VIDEO

CARA BERWUDHU'



CARA MANDI WAJIB



VIDEO TATACARA SOLAT



NASYID RUKUN ISLAM


CERITA DAN NASYIN RUKUN IMAN



NASYID SHAHADAH RAIHAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...