BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Selamat mempelajari perkara asas fardhu ain bersama ustazah. Semoga maklumat di dalam blog ini dapat memberi manfaat dan diamalkan bersama insyaallah...Selamat mempelajari perkara asas fardhu ain bersama ustazah. Semoga maklumat di dalam blog ini dapat memberi manfaat dan diamalkan bersama insyaallah...

Saturday 26 November 2011

LATIHAN 2 RUKUN ISLAM


Soalan L2.1:
Sebutkan Rukun Islam satu persatu.
Jawapan:
  1. Mengucap Dua kalimah Syahadah.
  2. Menunaikan Solat Lima Waktu sehari semalam.
  3. Mengeluarkan zakat.
  4. Berpuasa bulan Ramadhan.
  5. Menunaikan Haji bagi yang berkuasa.
Soalan L2.2:
Huraikan Rukun Islam:

  1. Mengucap Dua kalimah Syahadah.
  2. Menunaikan Solat Lima Waktu sehari semalam.
  3. Mengeluarkan zakat.
  4. Berpuasa bulan Ramadhan.
  5. Menunaikan Haji bagi yang berkuasa.
Jawapan: Huraian Rukun Islam ialah
  1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah: Suatu pengakuan tentang adanya Allah dan keesaanNya, dan satu pengakuan tentang kerasulan Nabi Muhammad SAW.
  2. Solat lima waktu ialah: Ibadat yang mengandungi perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Ia wajib ditunaikan lima waktu iaitu: Zuhur, Asar, Maghrib, Isya' dan Subuh.
  3. Mengeluarkan Zakat: Ibadat dengan cara mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu, diberikan kepada orang yang tertentu, dengan syarat tertentu. Zakat tersebut ialah Zakat Fitrah dan Zakat Harta.
  4. Berpuasa bulan Ramadhan ialah: Ibadat dengan cara menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertakan dengan niat. Ia wajib ditunaikan selama sebulan dalam bulan Ramadhan.
  5. Menunaikan haji bagi yang berkuasa: Ibadat yang wajib ditunaikan di Mekah sekali dalam seumur hidup ke atas orang yang mampu, dengan syarat tertentu dan pada waktu yang tertentu.
Soalan L2.3:
Terangkan kepentingan Rukun Islam bagi setiap muslim.
Jawapan:
Rukun Islam adalah perkara sangat penting yang wajib dilaksanakan supaya seseorang itu menjadi muslim yang sejati. Ibadat-ibadat yang terkandung dalam rukun Islam itu menghubungkan manusia dengan Allah dan manusia sesama manusia.


NASYID RUKUN ISLAM

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...